Kebanyakan kita bekerja di sektor swasta atau dengan kerajaan. Cukup bulan dapat gaji. Kebanyakan pendapatan tetap itu hanya cukup untuk menampung perbelanjaan bulanan “overhead” seperti membayar ansuran kereta, kad kredit, barang-barang makan kat rumah dan termasuk bil api dan ayer dll.
Selepas ditolak kesemuanya hanya tinggal baki yang ciput hanya cukup untuk tunggu gaji bulan akan datang. Kadang-kadang sampai tengah bulan dah habis duit gaji kita. Mulalah guna kad kredit untuk membeli belah pada mereka yang ada kad kredit. Tetapi yang tak ada kad kredit pula hutang kat kedai runcit India atau Cina. Yang ini pakai Kad 555 iaitu buku kecil yang tertulis 555.
Itulah “routine” hidup kita yang dikategori sebagai golongan sederhana. Nak kata susah pun tidak, nak kata senang pun tidak. Tambah pula harga barang semua dah naik. Bawa RM50 hanya boleh beli beras 10 kilo, telor satu papan 30 biji, milo 1 kg dan gula 2 kilo. Perit rasanya hidup di pekan kecil. Macam mana pula mereka yang tinggal di bandar besar. Allah swt sahaja yang tahu. Terpaksa ikat perut dan berjimat cermat duit yang sedikit.
Dahulu masa penulis berumur belasan tahun. Bila pergi ke kedai runcit iaitu kedai syarikat untuk membeli barang keperluan yang disenarai oleh arwah. Selepas dikira semua jumlahnya. Pak Ad’ iaitu taukeh kedai akan bertanya! Nak tulis atau bayar cash? Macam biasalah masuk akaun buku 555. Cukup bulan arwah dapat pencen barulah bayar hutang. Bukan nak malu cerita yang benar hal keluarga kerana arwah hanya pencen polis dan ibu pula terpaksa buat kueh jual di gerai berdekatan. Ini kerana arwah terpaksa menyara 7 orang anak yang semuanya bersekolah. Walaupun pendapatan tidak banyak tapi sekadar cukup untuk keperluan anak-anak bersekolah.
Selepas abang-abang seorang demi seorang mula bekerja barulah kehidupan arwah berubah senang sikit. Itulah kehidupan arwah masa dahulu dan mungkin sesetengah kehidupan kita hari ini dalam menempuh kehidupan yang sukar ini yang serba serbi kena bayar. Berak dan kencing pun kena bayar kat tandas awam. Kat kampung bila perut meragam atau nak terkencing. Cari semak samun boleh melepas kat situ. Nasib baik tak kena patuk ular senduk!.
Ini kisah anak-anak pula di pusat pengajian tinggi. Walaupun mendapat biasiswa atau PPTPN. Mana cukup! Ibubapa kena kirim juga untuk bantu mereka. Tak banyak RM100 ke RM200 sebulan. Yang berkemampuan ok lah! Ibubapa yang pendapatan tak tetap, anak-anak kena faham juga. Ada masa ada duit. Dan ada masa kering. Terpaksalah anak-anak buat kerja “part-time” seperti bekerja di stesyen minyak, KFC, kedai jual telefon atau salesgirl. Bagus juga kerana mereka akan mendapat pengalaman kerana bukan senang nak cari duit halal. Boleh tahan sampai cukup bulan kerana walaupun sedikit tapi berkat.
Ada sesetengah pelajar di ibu kota yang ambil jalan pintas mencari duit. Buat kerja terkutuk yang Allah SWT larangkan seperti kerja sebagai GRO di kelab malam. Jadi “part time social escort” last-last jadi perempuan simpanan kepada “Sugar Daddy”. Banyak yang berlaku dan selalu kita baca di akhbar. Siang pakai tudung labuh tutup aurat macam ustazah semasa di kuliah tapi sebelah malam tak sangka jadi wanita jalang yang menyedihkan.
Hidup mereka memang senang lenang. Pakai telefon mahal dan berkereta mewah. Tapi akhirnya gagal dalam pelajaran kerana dilaknat oleh Allah SWT. Sebab duit senang yang diperolehi oleh mereka tidak berkat. Yang paling kasihan adalah ibubapa mereka ini yang berharap suatu hari anak mereka akan jadi orang yang berguna tapi akhirnya anak mereka ini hanyut jauh dan susah untuk balik ke pangkal jalan. Ada pula yang hantar duit haram ini bagi ibubapa mereka makan. Ibubapa yang susah di kampong mana tahu kerja apa anak mereka di bandar! Seperti memberi api neraka bagi ibubapa dan adik-adiknya makan. Astaghfirullah!!!

No comments:
Post a Comment