Sunday, June 30, 2013

Nikmat ditarik Jika SOMBONG !!

Dan apabila dikatakan kepadanya:”"Bertakwalah kepada Allah”", bangkitlah kesombongannya yang menyebabkannya berbuat dosa. Maka cukuplah (balasannya) neraka Jahanam. Dan sungguh neraka Jahanam itu tempat tinggal yang seburuk-buruknya. (Al-Baqarah 2: Ayat 206)
Sombong! Memang tidak seharusnya kita sebagai hamba Allah SWT memiliki sifat sombong di hadapan Allah SWT kerana kita adalah ciptaan-Nya. Sungguh tidak ada apa-apa kehebatan pun pada kita jika hendak dibandingkan dengan kebesaran Allah SWT. Cukuplah seseorang itu dikatakan sombong jika menolak kebenaran dan suka merendahkan orang lain.
Cerita tentang kesombongan, takbur, selalu membanggakan diri adalah sebuah kisah yang lebih tua jika dibandingkan dengan permulaan kehidupan manusia di muka bumi ini. Ia berlaku ketika Iblis enggan bersujud pada makhluk bernama Adam disebabkan rasa penciptaan dan statusnya yang lebih baik.
Allah melihat tingkah dan sikap Iblis ini dengan firman-Nya: “Hai Iblis, apakah yang menghalang mu untuk bersujud kepada yang telah Ku ciptakan. Apakah kamu menyombongkan diri (takbur) atau kamu merasa termasuk orang-orang yang lebih tinggi?” Iblis terus menjawab: “Ya Allah, aku (memang) lebih baik jika dibandingkan dengan Adam. Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan Adam, Engkau ciptakan dari tanah. Mendengar jawapan Iblis yang sombong, Allah berfirman. “Keluarlah kamu dari syurga. Sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang diusir”.
Janganlah kita sombong dengan nikmat yang telah Allah Swt berikan walaupun semudah nikmat air, kerana bila-bila masa nikmat itu boleh ditarik balik. 

وَٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ وَلَا تُشۡرِكُواْ بِهِۦ شَيۡـًٔ۬ا‌ۖ وَبِٱلۡوَٲلِدَيۡنِ إِحۡسَـٰنً۬ا وَبِذِى ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡيَتَـٰمَىٰ وَٱلۡمَسَـٰكِينِ وَٱلۡجَارِ ذِى ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡجَارِ ٱلۡجُنُبِ وَٱلصَّاحِبِ بِٱلۡجَنۢبِ وَٱبۡنِ ٱلسَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُكُمۡ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ مَن ڪَانَ مُخۡتَالاً۬ فَخُورًا
Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri.
(Surah An-Nisa’ 4: Ayat 36)

Sunday, June 9, 2013

Amalan-Amalan Sunat Di Bulan Syaaban



Dari Aisyah r.a katanya:Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.
Huraian Hadith: 
1. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.
2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Syaaban itu ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan
3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
i. Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
iii. Bertaubat
iv. Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.

hukum ganti puasa dan puasa sunat serentak adalah SAH :)

assalamualaikum..
bulan ini merupakan bulan Rejab dalam kalendar Islam. jadi sekiranya kita berpuasa sunat di bulan ini, terlalu besar ganjaran yang kita akan peroleh. selepas berakhirnya bulan Rejab, maka bulan Syaaban dan Ramadhan pula yang akan menyusul. sudahkan kita bersedia untuk bertemu dengan Bulan Ramadhan sekali lagi?
sudahkah kita melangsaikan hutang-hutang kita bersama Allah SWT? bagi sesiapa yang masih belum mengqadhakan puasa anda, cepat-cepatlah berbuat demikian sebab ajal maut semua di tangan Tuhan. jadi, sekiranya tak sempat, maka kita akan mati dalam keadaan masih berhutang dengan Allah SWT.
banyak isu telah timbul samada bolehkah kita sebagai umat Islam menggantikan puasa Ramadhan kita serentak dengan membuat puasa sunat di bulan Rejab? isu ini jugak sering merunsingkan ramai orang samada boleh atau tidak kita berbuat demikian..jadi, setelah di google dan di baca oleh sheila, maka inilah jawapan kepada permasalahan kita pada masa ini..sebab kadang-kadang sheila pun was-was sama ada sah atau tidak menggantikan puasa Ramadhan dengan berpuasa sunat..jadi di sini ada jawapannya.

1) Soalan: menggabungkan niat puasa sunat dgn puasa ganti dlm satu masa,adakah sah?
Jawapan: Sah puasa menggabungkan niat puasa sunat dengan puasa wajib (ganti)..Sekiranya diasingkan adalah lebih baik.
2) Soalan: Boleh kah puasa sunat kita selitkan dgn membuat puasa ganti(membuat kedua-dua puasa serentak dgn niat puasa sunat dan puasa ganti bulan ramadhan)
Jawapan: Puasa qadha' (ganti bulan ramadhan ) boleh di satukan dengan puasa sunat dengan niat puasa qadha' (ganti) dahulu kemudian niat puasa sunat.Sekiranya diasingkan adalah lebih baik.
3) Soalan: adakah sah bila kita niat puasa ganti wajib dengan niat bahasa melayu sahaja?apakah niat untuk puasa ganti?
Jawapan: Sah puasa dengan hanya niat dalam bahasa Melayu sahaja.Niat untuk puasa ganti ialah "sahaja aku qada' puasa Ramadhan kerana Allah S.W.T."
Satu soalan perlu ditanya manakah yang lebih utama di antara puasa sunat syawal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha.Kerana ia merupakan kewajipan yang boleh disamakan seperti hutang kita kepada Allah SWT. Ini terbukti dari sebuah Hadis Qudsi yang sohih:
.......))وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه((........رواه البخاري
Ertinya : "..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)
* tetapi seeloknya mengasingkan antara puas aganti dengan puasa sunat yer..dan sekiranya ingin berniat secara serentak, maka hendaklah berniat puasa qadha dahulu barulah berniat puasa sunat..

BELUT JALAN DALAM PERUT LELAKI GILA SEKS !! NGERRIII




Belut Jalan Dalam Perut Lelaki Gila Seks Cari Jalan Keluar | Guangdong – Seorang penagih porno yang menyumbatkan seekor belut ke dalam duburnya terpaksa menjalani pembedahan sepanjang malam selepas binatang itu tersekat.


Lelaki dari selatan China itu melakukan perbuatan ganjil itu untuk meniru babak dalam satu filem porno.


Bagaimanapun, lelaki yang belum berkahwin itu terpaksa bergegas ke hospital di wilayah Guangdong dan memberitahu petugas perubatan: “Tolong saya, tolong saya. Belut itu bergerak di dalam tubuh saya.” Pakar bedah akhirnya berjaya mengeluarkan belut lumpur Asia sepanjang satu setengah meter dan berat lebih setengah kilo pada awal pagi semalam selepas menjalankan pembedahan.






“Belut itu hanya cuba mencari jalan keluar. Ia masih hidup ketika kami keluarkannya tetapi mati tidak lama selepas itu.

“Lelaki itu bertindak bodoh dan dia bernasib baik kerana tindakannya itu boleh menyebabkan dia cedera parah. Belut mempunyai gigi kecil tetapi tajam,” kata anggota pasukan perubatan itu.


“Kami tahu apa yang berlaku dan lelaki berusia 39 tahun itu akan disoalsiasat berkait dengan kes kekejaman terhadap haiwan,” kata jurucakap polis.-daily mail


Thursday, June 6, 2013

Tazkirah Jumaat - Pembuka Pintu Rezeki

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Sedekahkanlah al-Fatihah kepada kedua ibubapamu setiap pagi  (samada mereka masih hidup ataupun yang telah tiada)". Nescaya pintu rezeki akan terbuka luas buatmu..."

"Tidak akan terputus rezeki seseorang anak itu selagi dia tidak meninggalkan doanya kepada kedua orang tuanya dalam sehari... "

Janganlah sesekali kita meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada). Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (samada mereka masih hidup atau sudah meniggal dunia).Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa itu adalah keredhaan Allah SWT.

Semasa kita berdoa, hendaklah berdoa dengan bersungguh-sungguh sambil menadah tangan dan membayangkan wajah kedua-dua ibubapa kita. Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah SWT atau tiada keberkatan di dalam rezeki atau harta mereka.

Rezeki bukan sahaja datang dalam bentuk wang ringgit semata-mata, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah  seperti makanan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dan sebagainya.

Rezeki yang datang dari Allah kepada kita bukan hanya kerana adanya sijil SPM, STPM, Diploma atau Ijazah tetapi dengan hati yang tulus ikhlas yang berdoa untuk ibu dan bapa kita.....

"Ya Allah Ya Tuhanku, ampunkanlah dosa-dosa kedua-dua ibubapaku, berkatikanlah mereka, sihatkanlah mereka, murahkanlah rezeki mereka, panjangkanlah usia mereka, jauhilah mereka dari sebarang azab dan bahaya, lindungilah mereka, tempatkanlah mereka dikalangan orang-orang yang beriman.... aminn yarabal 'alamin...."

Sebarkanlah ilmu walaupun sebesar zarah. Wallahu'alam

Huhh? Zain Hakimi nak kawen?? melepas sude

AMAR ASYAF AKA ZAIN HAKIMI BAKAL NIKAH MINGGU INI? SIAPA ARNA SALLEH?

Tiada angin dan tiada ribut tiba-tiba pelakon Amar Asyraf yang popular dengan drama bersiri Setia Hujung Nyawa dikhabarkan bakal berkahwin pada minggu ini.


PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA

Baca dan hayati kisah di bawah ini. Fahami mesej yang cuba disampaikan. Dan paling penting, amalkan ilmu yang anda dapat.

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”
Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”

Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :

  1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
  2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
  3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
  4. Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu

Zain Hakimi jejaka idaman malaya

Aku tahu mesti ramai yang tergila-gilan nak kahwin bila tengok part romantik Zain Hakimi san Ersalina dalam drama Setia Hujung Nyawa..Hahaha aku tahu sebab aku pun terjebak sama..










nah sinopsis dan gambar2 Zain Hakimi Dan Ersalina Imani :) 




Kisahnya bermula dengan Zain Hakimi yang ditinggalkan sang tunang bernama Sofea menjelang hari perkahwinan. Mak Zain namanya Datin Adibah kemain menyampah lagi dengan Sofea sebabnya kerjaya dan kisah lampau Sofea sebagai GRO. Oleh kerana tunang dah lari, maka mereka sekeluarga haruslah mencari pengganti kononnya untuk menjaga maruah keluarga gitu.
Ersalina Imani pula seorang gadis cantik baru tamat sekolah. Mak Ersalina namanya Haliza ialah kawan baik kepada mak Zain. Mak Zain pulak berkenan dengan Ersalina untuk dijadikan sebagai menantu gantian. Haha gantian? Lalu Haliza pun teruslah bersetuju untuk kahwinkan anaknya dengan Zain.
Sebenarnya, Haliza bersetuju kahwinkan Ersalina dengan Zain pun bersebab u olls. Apa sebabnya? Dia pun sebenarnya nak menjaga maruah keluarga dan maruah anak gadisnya. Ersalina sebenarnya dah terlanjur. *Sila baca dengan nada terkejut*.Terlanjur dengan siapa ? jengjeng. Tak boleh lah cerita detail, tak surprise nanti. Ngehngeh.
Maka, atas sebab masing-masing nak selamatkan nama baik keluarga, Ersalina dan Zain pun berkahwin. Tapi atas persetujuan mereka berdua, konon-konon diorang kahwin kontrak gitu. Depan mak bapak mesra, kat belakang macam anjing dengan kucing. Tidur sebilik tapi tak bersama. Aku yakin kau orang faham topik ini haha.
Seperti biasalah, mula-mula memanglah benci, menyampah, tak suka, menyirap, sakit hati blablabla. Tapi lama-lama masing-masing pun mula lah jatuh hati, jatuh cinta. Sebab itulah kita harus bersetuju dengan pepatah orang tua-tua. Jangan nak benci tak suka orang bagai, nanti lama-lama orang itulah yang kita jatuh hati, jatuh sayang.
Tapi, baru saja mereka bahagia dugaan pun datang *efek ombak di tepi pantai*. Ersalina keguguran! Jengjengjeng, terkejut badaklah si Zain. Terus jadi singa kelaparan. Gugur? Sedangkan diorang tak pernah bersama, jadi mana datangnya anak dalam perut Ersalina? Maka, terbongkarlah rahsia Ersalina yang pernah terlanjur dulu.
Mulai saat itu, segala layanan yang sebelum ini baik, romantik, comel-comel ala drama Korea dah tak ada lagi dalam hidup Ersalina. Jadi, ada baiknya kau orang sediakan tisu masa tengok ye. Semua dah bertukar jadi caci makian, perlian dan segala bagai kata-kata negatif. Tapi Ersalina terima dengan redha sebab memang salah sendiri pun. Lagipun dia memang dah serahkan hidup dan nak setia pada Zain sampai bila-bila. Cewah gitu.
Kemudian, lama-kelamaan Zain pun dah boleh terima kenyataan dan terima Ersalina kembali. Dan yang paling penting mereka terima masing-masing sebagai suami isteri yang sah tak ada lagi kahwin kontrak bagai. Tup tup, baru bahagia sekejap datang lagi dugaan kedua. *efek ombak ganas*. Zain koma dek kemalangan.
Isteri mana yang tak sasau bila suami yang tercinta koma tak sedarkan diri. Dalam masa yang sama, Ersalina dapat tahu dia mengandung anak Zain. Tapi dugaan ketiga pulak datang *efek ombak tsunami* bila Datin Adibah dapat tahu cerita sebenar Ersalina pernah terlanjur sebelum kahwin dengan Zain. Mengamuk sakanlah beliau. Dihasutnya Zain supaya ceraikan Ersalina dan nak jodohkan dengan perempuan lain. Eh apehal kening aku berkerut taip point ni?
Tapi, Zain dan Ersalina tetap sayang satu sama lain. Apakah kesudahan kisah cinta mereka? Dapatkan selamanya mereka bersama ? *efek lagu tentang rasa* .Adakah Datin Adibah menerima Ersalina semula bila dapat tahu kisah lampau Zain? Betul ke Zain pernah rosakkan seorang gadis? Mungkin ada sedikit kelainan dalam drama tapi tak lari jauh dari novel asal. Jangan lupa tonton setiap Isnin sampai Khamis pukul 7:00 malam ok. Kalau belum tengok dah terlepas seminggu punya episod, pandai-pandailah cari dekat tonton.com.
Ada 4 lagu ost Setia Hujung Nyawa iaitu Sastera Kupu-Kupu oleh Mimie Haris, Ku Ada Mu oleh Najwa Latif, Maafkan Aku oleh Last Minute dan Mata Hati oleh Nubhan. Sebenarnya ada lagi 1 lagu baru yang selalu dimainkan pada akhir cerita. Mulanya lagu ni belum officially released, tajuknya Setia Hujung Nyawa oleh Fiq feat gjie sixth sense Ini lirik dia, yeah! :D
~Aku tak bisa menidakkan rasa cinta, meski ku tak bisa melupakan salahmu, resah hatiku, Cinta jangan engkau pergi, maafkan diriku melukakanmu, Cinta jangan engkau pergi, jauh dari diriku lagi, sesungguhnya cinta kita, setia ke hujung nyawa ~
Nah, ini gambar para pelakon.

Setia Hujung Nyawa

Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.

Tuesday, June 4, 2013

Rezeki itu Milik ALLAH :)

Kebanyakan kita bekerja di sektor swasta atau dengan kerajaan. Cukup bulan dapat gaji. Kebanyakan pendapatan tetap itu hanya cukup untuk menampung perbelanjaan bulanan “overhead” seperti membayar ansuran kereta, kad kredit, barang-barang makan kat rumah dan termasuk bil api dan ayer dll.

Selepas ditolak kesemuanya hanya tinggal baki yang ciput hanya cukup untuk tunggu gaji bulan akan datang. Kadang-kadang sampai tengah bulan dah habis duit gaji kita. Mulalah guna kad kredit untuk membeli belah pada mereka yang ada kad kredit. Tetapi yang tak ada kad kredit pula hutang kat kedai runcit India atau Cina. Yang ini pakai Kad 555 iaitu buku kecil yang tertulis 555.

Itulah “routine” hidup kita yang dikategori sebagai golongan sederhana. Nak kata susah pun tidak, nak kata senang pun tidak. Tambah pula harga barang semua dah naik. Bawa RM50 hanya boleh beli beras 10 kilo, telor satu papan 30 biji, milo 1 kg dan gula 2 kilo. Perit rasanya hidup di pekan kecil. Macam mana pula mereka yang tinggal di bandar besar. Allah swt sahaja yang tahu. Terpaksa ikat perut dan berjimat cermat duit yang sedikit.

Dahulu masa penulis berumur belasan tahun. Bila pergi ke kedai runcit iaitu kedai syarikat untuk membeli barang keperluan yang disenarai oleh arwah. Selepas dikira semua jumlahnya. Pak Ad’ iaitu taukeh kedai akan bertanya! Nak tulis atau bayar cash? Macam biasalah masuk akaun buku 555. Cukup bulan arwah dapat pencen barulah bayar hutang. Bukan nak malu cerita yang benar hal keluarga kerana arwah hanya pencen polis dan ibu pula terpaksa buat kueh jual di gerai berdekatan. Ini kerana arwah terpaksa menyara 7 orang anak yang semuanya bersekolah. Walaupun pendapatan tidak banyak tapi sekadar cukup untuk keperluan anak-anak bersekolah.

Selepas abang-abang seorang demi seorang mula bekerja barulah kehidupan arwah berubah senang sikit. Itulah kehidupan arwah masa dahulu dan mungkin sesetengah kehidupan kita hari ini dalam menempuh kehidupan yang sukar ini yang serba serbi kena bayar. Berak dan kencing pun kena bayar kat tandas awam. Kat kampung bila perut meragam atau nak terkencing. Cari semak samun boleh melepas kat situ. Nasib baik tak kena patuk ular senduk!.

Ini kisah anak-anak pula di pusat pengajian tinggi. Walaupun mendapat biasiswa atau PPTPN. Mana cukup! Ibubapa kena kirim juga untuk bantu mereka. Tak banyak RM100 ke RM200 sebulan. Yang berkemampuan ok lah! Ibubapa yang pendapatan tak tetap, anak-anak kena faham juga. Ada masa ada duit. Dan ada masa kering. Terpaksalah anak-anak buat kerja “part-time” seperti bekerja di stesyen minyak, KFC, kedai jual telefon atau salesgirl. Bagus juga kerana mereka akan mendapat pengalaman kerana bukan senang nak cari duit halal. Boleh tahan sampai cukup bulan kerana walaupun sedikit tapi berkat.

Ada sesetengah pelajar di ibu kota yang ambil jalan pintas mencari duit. Buat kerja terkutuk yang Allah SWT larangkan seperti kerja sebagai GRO di kelab malam. Jadi “part time social escort” last-last jadi perempuan simpanan kepada “Sugar Daddy”. Banyak yang berlaku dan selalu kita baca di akhbar. Siang pakai tudung labuh tutup aurat macam ustazah semasa di kuliah tapi sebelah malam tak sangka jadi wanita jalang yang menyedihkan. 

Hidup mereka memang senang lenang. Pakai telefon mahal dan berkereta mewah. Tapi akhirnya gagal dalam pelajaran kerana dilaknat oleh Allah SWT. Sebab duit senang yang diperolehi oleh mereka tidak berkat. Yang paling kasihan adalah ibubapa mereka ini yang berharap suatu hari anak mereka akan jadi orang yang berguna tapi akhirnya anak mereka ini hanyut jauh dan susah untuk balik ke pangkal jalan. Ada pula yang hantar duit haram ini bagi ibubapa mereka makan. Ibubapa yang susah di kampong mana tahu kerja apa anak mereka di bandar! Seperti memberi api neraka bagi ibubapa dan adik-adiknya makan. Astaghfirullah!!!

Ingat! sekiranya kita membuka satu pintu rezeki kepada orang lain, Allah SWT akan membuka sepuluh pintu rezeki untuk kita. Jadi hebahkan kepada semua kawan-kawan kita yang belum tahu

mesra terjalin selepas menang anugerah

Anugerah paling glamor dan berprestij dalam industri hiburan tanah air, Anugerah Bintang Popular (ABPBH 2012) telah pun melabuhkan tirainya, malam tadi. Tahniah kepada semua pemenang. Berlangsung selama dua jam di Stadium Bukit Jalil, anugerah yang memasuki tahun ke-26 ini terealisasi dengan lancar dan penuh meriah. Berikut antara momen-momen menarik yang MD kongsi sepanjang berlangsungnya anugerah ini:
 
- Ketika acara karpet merah sedang rancak berlangsung, tiba-tiba hujan turun selebat-lebatnya. Apa lagi? Lintang pukanglah baik para selebriti, jurukamera, petugas media serta peminat - semuanya mencari tempat berteduh.